Nuffnang Ads

Isnin, 20 April 2015

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala FA Inggeris 2014/15

Piala FA Inggeris 2014/15 semakin menuju ke kemuncaknya apabila 2 pasukan kelab Liga Perdana Inggeris iaitu juara bertahan, Arsenal bakal bertemu dengan pasukan Aston Villa pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung Mei 2015 akan datang di Stadium Wembley. Kedua-dua pasukan ini berjaya menewaskan lawan masing-masing iaitu Reading dan Liverpool dengan keputusan 2-1 pada pusingan Separuh Akhir. 

Pasukan juara bertahan, Arsenal di bawah bimbingan pengurus berpengalaman Arsene Wenger pastinya sekali lagi berusaha mempertahankan gelaran juara yang mereka menangi musim lalu apabila berjaya menewaskan pasukan Hull City. Pasukan Aston Villa di bawah bimbingan pengurus baru, Tim Sherwood pula pastinya menginginkan kejuaraan Piala FA Inggeris 2014/15 menjadi milik mereka selepas gagal mempamerkan permainan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris 2014/15. Bual Sukan menjangkakan saingan perlawanan akhir pastinya sengit dan mendebarkan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan peluang yang tercipta pastinya bakal merangkul kejuaraan musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa