Nuffnang Ads

Selasa, 14 April 2015

Bola Sepak : Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC

Undian Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC diadakan pada 14 April 2015 di Kuala Lumpur. 40 Pasukan telah diundi dalam 8 Kumpulan di mana ianya dilangsungkan bersekali dengan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. 8 Pasukan Juara Kumpulan serta 4 Pasukan Naib Juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya bagi menentukan wakil Zon AFC ke FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. 
40 Pasukan AFC telah dibahagikan kepada 5 Balang berdasarkan kedudukan semasa ranking FIFA. Pasukan-pasukan gergasi Asia seperti Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia, UAE, Uzbekistan, China dan Iraq pastinya menjadi pilihan untuk melangkah berdasarkan kedudukan mereka dalam Balang 1. Namun begitu, saingan 32 pasukan lain tidak boleh dipandang mudah kerana setiap pasukan pasti berusaha mempamerkan permainan terbaik masing-masing. Berikut adalah keputusan undian Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia serta Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa