Nuffnang Ads

Ahad, 19 April 2015

Bola Sepak : Senarai Awal Pelatih Harimau Malaya

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh dalam fasa mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia yang diadakan serentak dengan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Dalam undian pada 14 April lalu, pasukan Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan gergasi bola sepak Asia, UAE, Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste. Laluan pasukan negara ternyata berliku kerana terpaksa menghadapi 3 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke AFC Piala Asia 2015 Australia yang lalu.

Perlawanan pertama pasukan negara adalah bertemu dengan pasukan serantau iaitu Timor Leste yang sejak kebelakangan ini telah menunjukkan peningkatan pada 11 Jun 2015 seterusnya menghadapi pasukan Palestin pada 16 Jun 2015 akan datang. Kemenangan perlawanan ini penting buat pasukan negara sekiranya berhasrat melangkah lebih jauh dalah pusingan kelayakan kali ini. Kemerosotan prestasi serta kejatuhan ranking FIFA pasukan kebangsaan cukup membimbangkan peminat bola sepak negara. Bual Sukan mengharapkan pasukan Harimau Malaya mampu melakukan yang terbaik bagi meningkatkan semula martabat bola sepak negara seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi di masa akan datang. 
Berikut adalah senarai awal pemain bagi menghadapi perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa