Nuffnang Ads

Selasa, 7 April 2015

Bola Sepak : Senarai Pasukan yang Layak ke Piala AFC Bawah 23 Tahun Qatar

2016 AFC U-23 Championship.jpgPusingan Kelayakan Kejohanan Bola Sepak Piala AFC Bawah 23 tahun telah pun berlangsung di mana 15 pasukan terdiri daripada 10 Juara Kumpulan serta 5 Pasukan terbaik Naib Juara Pusingan Kelayakan melengkapkan 16 pasukan yang bakal beraksi dalam kejohanan Piala AFC 2016 Bawah 23 Tahun di Qatar. Pasukan bawah 22 tahun Malaysia gagal dalam misi kali ini setelah anak-anak buah Ketua Jurulatih Razip Ismail ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan gergasi Asia iaitu Jepun serta pasukan Vietnam dalam pusingan kelayakan yang telah diadakan di Malaysia.
Berikut adalah 16 Pasukan yang bakal beraksi dalam Kejohanan Bola Sepak Piala AFC 2016 Bawah 23 Tahun sekaligus bakal merebut 3 tiket pasukan Asia ke saingan Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang :

Tuan Rumah :
Qatar

Juara Kumpulan : (10 Pasukan)
Iraq - Kumpulan A
Arab Saudi - Kumpulan C 
UAE - Kumpulan D
Syria - Kumpulan E
Australia - Kumpulan F
Korea Utara - Kumpulan G
Korea Selatan - Kumpulan H
Jepun - Kumpulan I
China - Kumpulan J

Naib Juara Kumpulan : (5 Pasukan)
Thailand - Naib Juara Kumpulan G
Iran - Naib Juara Kumpulan C
Vietnam - Naib Juara Kumpulan I
Yemen - Naib Juara Kumpulan D

* Pusingan Kelayakan Kumpulan B akan berlangsung pada 16 hingga 24 Mei akan datang.
** Juara Kumpulan B akan layak secara automatik manakala Naib Juara Kumpulan B pula akan bersaing untuk 1 lagi tiket ke Pusingan Akhir 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa