Nuffnang Ads

Selasa, 7 April 2015

Bola Sepak : Senarai Pelatih Skuad Sukan SEA Malaysia 2015

Pasukan Harimau Muda A di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee kini dalam fasa mempersiapkan pasukan yang mantap bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Sukan SEA 2015 yang akan berlangsung di Singapura. Kegagalan misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 pastinya masih dirasai apatah lagi harapan mengulangi pencapaian memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan Sukan SEA 2011 gagal dilaksanakan. 

Dengan barisan pemain-pemain yang disenaraikan oleh Datuk Ong Kim Swee terdiri daripada gandingan bekas-bekas pemain Harimau Muda A, pemain-pemain pasukan Liga Super dan Liga Premier 2015 serta pemain-pemain Harimau Muda B, Bual Sukan percaya pemain-pemain yang terpilih bakal mewujudkan gandingan serta kombinasi yang mantap bagi membawa cabaran negara ke Sukan SEA 2015 Singapura. Namun begitu, laluan pasukan negara pastinya berliku apatah lagi setiap pasukan pastinya akan memberikan permainan terbaik bagi memenangi "lubuk segala emas" Bola Sepak Sukan SEA 2015 yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 16 Jun 2015.

Berikut adalah senarai 29 pelatih yang bakal menjalani pemilihan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Sukan SEA 2015 Singapura akan datang :

Penjaga Gol :
Farhan Abu Bakar (HM), Firdaus Muhamad (KED), Syazwan Yusoff (KEL)

Pertahanan :
Amer Saidin (JDT), Shahrul Saad (FELDA), Syazwan Tajudin (KED), Wan Amirzafran Wan Nadris (HM), Arip Amiruddin (PKNS), Che Rashid Che Halim (JDT II), Ariff Farhan Md Isa (HM), Fandi Othman (JDT), Arif Fadzillah Abu Bakar (T-TEAM), Nazirul Naim Che Hashim (HM), Matthew Davies (Pahang)

Tengah :
Gary Steven Robbat (JDT), Akram Mahinan (JDT II), Nazmi Faiz Mansor (SEL), Saiful Ridzuwan Selamat (SEL), Amirul Hisyam Awang Kechik (HM), Nor Azam Abdul Azih (PAH), D Saarvindran (PAH), Syahrul Azwari Ibrahim (HM), Faizat Ghazli (HM), Farhan Roslan (KED), Nurridzuan Abu Hassan (PRK)

Penyerang :
Rozaimi Abd Rahman (SAB), S Kumaahran (HM), Adam Nor Azlin (HM), Ferris Danial Mat Nasir (FELDA), Syafiq Ahmad (KED)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa