Nuffnang Ads

Rabu, 22 April 2015

Bual Sukan : Calon Anugerah Sukan Negara 2014

Anugerah Sukan Negara 2014 bakal berlangsung pada 28 April 2015 akan datang. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian atlet-atlet negara selain persatuan-persatuan sukan serta penggiat sukan negara yang telah menyumbangkan sesuatu dalam meningkatkan arena sukan negara sepanjang 2014. Antara anugerah yang bakal menjadi tumpuan ialah Anugerah Olahragawan Negara 2014 serta Anugerah Olahragawati Negara 2014. 12 atlet lelaki serta 8 atlet wanita telah disenaraipendekkan untuk merebut gelaran ini. Antara yang tercalon adalah atlet badminton nombor 1 negara, Dato' Lee Chong Wei dan ratu skuasy nombor 1 dunia, Dato' Nicol Ann David.

Bual Sukan percaya, senarai akhir yang tercalon ini merupakan antara atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa. Berikut adalah senarai 12 atlet lelaki dan 8 atlet wanita yang bakal merebut Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2014 akan datang :

Calon Olahragawan Negara 2014 (12 Atlet)
Dato' Lee Chong Wei (Badminton)
Sazali Samad (Bina Badan)
Hafifi Mansor (Angkat Berat)
Mohd Azizulhasni Awang (Berbasikal)
Lim Chee Wei (Karate)
Muhammad Ezuan Nasir Khan (Menembak)
Khairulnizam Mohd Afendy (Pelayaran)
Mohd Al-Jufferi Jamari (Silat)
Mohamad Fairus Abd Jabal (Boling Padang)
Ong Beng Hee (Skuasy)
Ooi Tze Liang (Terjun)
Mohd Rafiq Ismail (Tenpin Boling)

Calon Olahragawati Negara 2014 (8 Atlet)
Dato' Nicol Ann David (Skuasy)
Tan Li Lian (Bina Badan)
Syakilla Salni Jefri Krisnan (Karate)
Siti Zalina Ahmad (Boling Padang)
Nur Suryani Mohamed Taibi (Menembak)
Siti Rahmah Mohamed Nasir (Silat)
Cheong Jun Hoong (Terjun)
Sin Li Jane (Tenpin Boling)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa