Nuffnang Ads

Selasa, 14 April 2015

Bual Sukan : Inspiration Aviation Club (IAC)


Sukan Paragliding mungkin masih baru lagi bertapak di Malaysia. Sukan ini merupakan antara sukan udara yang semakin hari semakin mendapat perhatian ramai apatah lagi ianya turut mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Inspiratiaon Avation Club atau singkatannya IAC merupakan antara kelab yang giat mempromosikan sukan-sukan lasak seperti Paragliding, Parachuting, Paramotor, Hang Gliding, Remote Control dan bermacam-macam lagi sukan-sukan udara lain di Malaysia. IAC telah itubuhkan pada 22 Mac 2011 serta bernaung di bawah Persekutuan Sukan Udara Malaysia atau Malaysian Sport Aviation Federation (MSAF). Selain itu, IAC juga mendapat sokongan padu daripada Persekutuan Aeronatik Antarabangsa atau Federation Aeronautique Internationale (FAI)
Bual Sukan percaya inisiatif yang diambil oleh IAC yang giat mempromosikan sukan ini, wajar dipuji dan sokongan berterusan Kerajaan Malaysia terutamanya melalui KBS juga perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Dengan diterajui oleh tenaga-tenaga muda professional dan berpengalaman, Bual Sukan percaya sukan ini mampu berkembang ke tahap yang lebih tinggi di masa hadapan. Tambahan pula, Kuala Kubu Bharu, Selangor menjadi tapak untuk perkembangan sukan ini di Malaysia. Maklumat lajut berkaitan dengan IAC boleh melayari  http://www.inspirationaviationclub.com/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa