Nuffnang Ads

Ahad, 19 April 2015

Bual Sukan : Sukan SEA 2015 Singapura

Kejohanan Sukan berprestij Asia Tenggara Sukan SEA 2015 atau 2015 SEA Games akan berlangsung di Singapura pada 5 hingga 16 Jun 2015 akan datang. Sukan SEA 2015 merupakan kejohanan edisi ke 28 sejak temasya dwitahunan ini diperkenalkan pada tahun 1959 di Bangkok menjadi tuan rumah pertama. Kejohanan ini bakal disertai oleh 11 buah negara Asia Tenggara. Kontijen Thailand pastinya sekali lagi bakal mempertahankan kejuaraan keseluruhan yang mereka miliki pada Sukan SEA 2013 di Myanmar yang lalu. Namun saingan kontijen tuan rumah, Singapura, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Myanmar pastinya bakal mencabar kontijen Thailand.  

Berdasarkan laman web rasmi Sukan SEA 2015 Singapura iaitu https://www.seagames2015.com/ sebanyak 36 sukan dari 402 acara akan dipertandingkan pada temasya kali ini. Dengan Singa bernama Nila sebagai maskot kejohanan, Bual Sukan menjangkakan aksi temasya dwitahunan ini pastinya penuh dengan tradisi dan kemeriahan serta semangat kesukanan daripada semua kontijen yang bertanding. Selamat berjuang untuk semua kontijen yang bertanding pada temasya Sukan SEA 2015 Singapura. Bual Sukan mengharapkan kontijen negara mampu memberikan tentangan sengit serta berjaya di temasya kali ini tanpa sebarang kontroversi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa