Nuffnang Ads

Sabtu, 11 April 2015

Hoki : Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15

Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 akan berlangsung di Buenos Aires, Argentina pada 3 - 14 Jun 2015 dan di Antwerp, Belgium pada 20 Jun hingga 5 Julai 2015 akan datang. Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 melibatkan penyertaan 20 pasukan di mana 7 pasukan terbaik akan bersaing dalam Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 di Mohali, India pada 5 hingga 13 Disember 2015 akan datang. Kejohanan ini juga bakal menentukan pasukan yang bakal beraksi dalam pusingan akhir Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil akan datang.

Pasukan Hoki Malaysia merupakan antara pasukan yang bakal beraksi dalam Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2014/15 akan datang di mana pasukan negara akan beraksi di Antwerp, Belgium. Bual Sukan yakin pasukan negara mampu mempamerkan permainan terbaik sekaligus mampu merebut tiket ke Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 serta tiket beraksi dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Berikut adalah undian kumpulan Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 di Buenos Aires, Argentina dan di Antwerp, Belgium :  

Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 di Buenos Aires, Argentina (10 Pasukan)

KUMPULAN A :
Belanda, New Zealand, Korea Selatan, Jepun, Mesir

KUMPULAN B :
Jerman, Argentina, Sepanyol, Kanada, Austria

Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 di Antwerp, Belgium (10 Pasukan)

KUMPULAN A :
Australia, India, Pakistan, Poland, Perancis

KUMPULAN B :
Britain, Belgium, Malaysia, Ireland, China

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa