Nuffnang Ads

Selasa, 14 April 2015

Paragliding : Paragliding Accuracy World Cup 2nd Series 2015








Penggemar dan peminat sukan udara dari dalam dan  luar negara dijemput untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Paragliding Accuracy World Cup 2nd Series 2015 atau PGAWC 2nd Series 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 3 Mei 2015 di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor. Kejohanan ini mengumpulkan para Juruterbang Paragliding Profesional dalam dan luar negara yang bakal bertanding dalam kategori lelaki dan wanita. Kejohanan ini merupakan Siri Kedua PGAWC 2015 selepas Siri Pertama Di Filipina pada Mac lalu. 

Kejohanan ini pastinya menarik apatah lagi mengumpulkan paragliding terbaik seluruh dunia yang dijangka memberikan aksi terbaik masing-masing bagi merebut kejuaraan kali ini. Dengan kemudahan serta trek yang baik di Kuala Kubu Bharu, penggemar dan peminat sukan ini pastinya berpuas hati dengan persembahan serta aksi yang bakal disajikan oleh para peserta paragliding professional ini. Maklumat mengenai PGAWC 2nd Series 2015 boleh dicapai melalui laman web http://www.inspirationaviationclub.com/.

Bual Sukan percaya, kejohanan PGAWC 2nd Series 2015 ini mampu menarik minat penggemar sukan udara sama ada dari dalam mahupun luar negara. Jadual kejohanan PGAWC 2nd Series 2015 adalah seperti berikut :
  

1 ulasan:

  1. Video opening ceremony ---- > https://youtu.be/RI2jfYlz61M

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa