Nuffnang Ads

Rabu, 6 Mei 2015

Badminton : Badminton BWF Piala Sudirman 2015

Kejohanan Badminton BWF Piala Sudirman 2015 akan berlangsung di Dongguan, China bermula pada 10 hingga 17 Mei 2015 akan datang. Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran ini merupakan kejohanan edisi ke 14 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1989. 

Pasukan tuan rumah China merupakan juara bertahan edisi 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia. Pasukan China pastinya sekali lagi menjadi pilihan utama menjuarai Badminton BWF Piala Sudirman 2015 di mana mereka memiliki barisan pemain-pemain terbaik dalam setiap kategori. Namun begitu, cabaran pasukan-pasukan lain juga pastinya tidak dipandang mudah oleh pasukan China. Kumpulan 1 iaitu terdiri daripada 12 buah negara merupakan Kumpulan yang menjadi tumpuan. 12 negara ini diundi dalam 4 Kumpulan Kecil di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

Berikut adalah undian Kumpulan Kecil serta Jadual Perlawanan Kumpulan 1 melibatkan 12 negara yang bertanding pada Kejohanan Badminton BWF Piala Sudirman 2015 akan datang :

Kumpulan 1A
China, Thailand, Jerman

10 Mei 2015
China lwn Jerman

11 Mei 2015
Thailand lwn Jerman

12 Mei 2015
China lwn Thailand

Kumpulan 1B
Jepun, Chinese Taipei, Russia

10 Mei 2015
Jepun lwn Russia

11 Mei 2015
Chinese Taipei lwn Russia

12 Mei 2015
Jepun lwn Chinese Taipei

Kumpulan 1C
Denmark, Indonesia, England

10 Mei 2015
Denmark lwn England

11 Mei 2015
Indonesia lwn England

13 Mei 2015
Denmark lwn Indonesia

Kumpulan 1D
Korea Selatan, India, Malaysia

10 Mei 2015
Korea Selatan lwn Malaysia

11 Mei 2015
India lwn Malaysia

13 Mei 2015
Korea Selatan lwn India

SUKU AKHIR
14 Mei 2015

15 Mei 2015

SEPARUH AKHIR
16 Mei 2015

AKHIR
17 Mei 2015

* dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa