Nuffnang Ads

Rabu, 6 Mei 2015

Badminton : Senarai Pemain Malaysia ke BWF Piala Sudirman 2015

Bekas Pemain Nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai cabaran pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran BWF Piala Sudirman 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 17 Mei 2015 di Dongguan, China. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan 1D bersama-sama dengan pasukan Korea Selatan dan India. Pasukan negara akan memulakan cabaran dengan bertemu Korea Selatan pada 10 Mei 2015 sebelum bertemu India pada 11 Mei 2015.

Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen turut menyenaraikan pemain pelapis membarisi pasukan negara bagi menghadapi kejohanan ini. Bual Sukan percaya, pemain-pemain yang terpilih ini pastinya mempamerkan permainan mantap sekaligus membantu pasukan negara mencatat keputusan yang lebih baik berbanding kejohanan 2013 yang lalu. Berikut adalah senarai 14 pemain yang bakal menggalas cabaran Malaysia ke Kejohanan Badminton BWF Piala Sudirman 2015 akan datang :

Perseorangan Lelaki : Datuk Lee Chong Wei & Cheam June Wei

Perseorangan Wanita : Tee Jing Yi & Lim Yin Fun

Bergu Lelaki : Tan Wee Kiong, Goh V Shem & Mark Hee Chun

Bergu Wanita : Vivian Hoo, Wong Khe Wei & Amelia Anscelly 

Bergu Campuran : Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Wong Fai Yin & Chow Mei Kuan

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa