Nuffnang Ads

Khamis, 28 Mei 2015

Bola Sepak : Senarai Kelab Liga Perdana Inggeris Musim 2015/16

Saingan Liga Perdana Inggeris Musim 2014/15 telahpun melabuhkan tirainya dengan pasukan Chelsea di bawah kendalian pengurus Jose Mourinho berjaya merangkul kejuaraan musim ini meninggalkan pencabar terdekat yang juga juara musim lalu Manchester City dengan kelebihan 8 mata. Chelsea mengumpul 87 mata manakala Manchester City pula mengumpul 79 mata daripada 38 perlawanan. Saingan musim ini juga menyaksikan 3 pasukan tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan Satu 2015/16 akan datang iaitu Hull City, Burnley dan Quenns Park Rangers (QPR) setelah menamatkan saingan di 3 tempat terbawah.

Saingan Liga Perdana Inggeris musim 2015/16 akan datang bakal menyaksikan penampilan 3 pasukan yang berjaya dalam Liga Kejuaraan Satu 2014/15 iaitu AFC Bournemouth, Watford dan Norwich City. Saingan musim depan pastinya sengit dengan setiap kelab pastinya akan berbelanja membeli pemain-pemain baru bagi menguatkan pasukan masing-masing. Bual Sukan berpandangan, Chelsea selaku juara bertahan pastinya berusaha mengekalkan trofi kejuaraan liga mereka dengan pasukan-pasukan seperti Manchester City, Arsenal, Manchester United, Tottenham, Liverpool dan Southampton serta pasukan-pasukan lain tidak akan memberi jalan mudah untuk Chelsea mempertahankan kejuaraan.

Berikut adalah senarai 20 pasukan yang bakal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris Musim 2015/16 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa