Nuffnang Ads

Rabu, 27 Mei 2015

Bola Sepak : Senarai Pemain Harimau Muda ke Sukan SEA 2015 Singapura

Pasukan Harimau Muda di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee bakal membawa cabaran negara dalam Sukan SEA 2015 Singapura. Pasukan negara pastinya bakal mencabar "ibu segala pingat emas" pada edisi ke 28 ini. Pasukan negara telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan juara bertahan edisi 2013 iaitu Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste.


Pasukan Harimau Muda negara bakal membuka tirai perlawanan dengan menentang pasukan Timor Leste pada 30 Mei diikuti bertemu Vietnam (2 Jun), Thailand (4 Jun), Brunei (8 Jun) dan menutup tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos (11 Jun). Laluan pasukan negara untuk bersaing merebut 2 tempat teratas Kumpulan B seterusnya melangkah ke Separuh Akhir dilihat seimbang dengan Thailand serta Vietnam merupakan pencabar merebut 2 tempat teratas. Namun begitu, keupayaan pasukan Laos, Brunei dan Timor Leste tidak boleh dipandang mudah kerana kelalaian pasti mengundang padah.

Berikut adalah senarai 20 pemain Harimau Muda yang bakal menggalas misi negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2015 Singapura akan datang :

Penjaga Gol :
Mohd. Farhan Abu Bakar
Mohamad Firdaus Muhamad

Pertahanan :
Mohamad Amer Saidin
Shahrul Mohd. Saad
Muhamad Syazwan Tajudin 
Muhammad Ariff Farhan Md Isa
Adam Nor Azlin
Mohamad Fandi Othman
Nazirul Naim Che Hashim
Matthew Davies

Tengah :
Gary Steven Robbat
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Saiful Ridzuwan Selamat
Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik 
Saarvindran Devanndran
Syahrul Azwari Ibrahim
Muhammad Faizat Mohamad Ghazli
Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari

Penyerang :
Kumaahran Sathasivam
Muhamad Syafiq Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa