Nuffnang Ads

Rabu, 6 Mei 2015

Hoki : Hoki Piala Sultan Johor 2015

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 akan kembali dan dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 18 Oktober 2015 akan datang di Johor Bharu. Kejohanan hoki jemputan bawah 21 tahun ini merupakan kejohanan edisi kelima sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2011. Pasukan Malaysia selaku tuan rumah dan juara edisi pertama 2011 bersama Pasukan Juara Bertahan 2 kali berturut-turut (2013 & 2014) India, Australia (Juara Edisi 2012), Pakistan, Great Britain dan Argentina akan menyertai kejohanan kali ini.
Saingan dijangka sengit di mana setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing. Pasukan hoki negara bawah 21 tahun di bawah bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman, Arul Selvaraj pastinya menjadikan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 sebagai medan mempersiapkan pasukan negara menghadapi Kejohanan Hoki Piala Asia Remaja 2015 yang dijadualkan berlangsung di Kuantan pada November 2015 akan datang di mana ianya menawarkan 4 slot ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 akan datang. Bual Sukan berharap, pasukan negara mampu melakar keputusan yang membanggakan selain mempamerkan aksi bertenaga dalam setiap perlawanan.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 : 

11 Oktober 2015 (Ahad)
Argentina lwn Australia
India lwn Pakistan
Malaysia lwn Great Britain

12 Oktober 2015 (Isnin)
Australia lwn Pakistan
Great Britain lwn India
Malaysia lwn Argentina

14 Oktober 2015 (Rabu)
Great Britain lwn Pakistan
Argentina lwn India
Australia lwn Malaysia

15 Oktober 2015 (Khamis)
Pakistan lwn Argentina
Great Britain lwn Australia
India lwn Malaysia 

17 Oktober 2015 (Sabtu)
Argentina lwn Great Britain
Australia lwn India
Pakistan lwn Malaysia

18 Oktober 2015 (Ahad)
Penentuan Tempat 5/6 : Australia lwn Pakistan
Penentuan Tempat 3/4 : Malaysia lwn Argentina
Penentuan Juara : India lwn Great Britain

* Kemaskini pada 18 Oktober 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa