Nuffnang Ads

Isnin, 29 Jun 2015

Badminton : Dato' Lee Chong Wei Rangkul Gelaran Yonex Terbuka Kanada 2015

Dato' Lee Chong Wei meneruskan momentum kemenangan apabila berjaya merangkul gelaran kedua selepas menjuarai Badminton Yonex Terbuka Kanada 2015 apabila berjaya menewaskan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong sebentar tadi dengan kemenangan 21-17 ; 21-13 dalam masa 35 minit. Minggu lepas beliau berjaya merangkul gelaran Yonex Terbuka Amerika Syarikat 2015. Kejayaan ini sedikit sebanyak membantu beliau memperbaiki kedudukan ranking semasa sekaligus mencerahkan peluang merebut tiket ke Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang.

Bual Sukan percaya, Dato Lee Chong Wei mampu terus bersaing sekaligus membawa harapan peminat sukan melihat Malaysia merangkul emas pertama Sukan Olimpik. Namun begitu, laluan pastinya berliku apatah lagi pemain-pemain lain juga pastinya mengidamkan kilauan emas untuk negara masing-masing. Apapun Bual Sukan ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei atas kejayaan beliau. Teruskan perjuangan mencipta nama serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa