Nuffnang Ads

Jumaat, 5 Jun 2015

Bola Sepak : Bersediakah Pasukan Harimau Malaya?

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh kini dalam fasa terakhir persiapan menghadapi 2 perlawanan penting kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia & AFC Piala Asia 2019 UAE bertemu pasukan Timor Leste pada 11 Jun dan bertemu Palestin pada 16 Jun akan datang. Sebelum perlawanan tersebut pasukan Harimau Malaya akan menguji pasukan Hong Kong pada aksi persahabatan pada 6 Jun ini.
Dollah Salleh pastinya akan memilih pemain yang terbaik bagi menggalas cabaran negara seterusnya memburu mata berharga kepada pasukan negara. Jika dilihat dari segi persiapan pasukan, pemain yang terpilih ke fasa pemilihan pasukan Harimau Malaya begitu bersemangat merebut tempat masing2. Bual Sukan percaya, pasukan negara mampu melakar kejayaan sekiranya bermain dengan corak permainan tersusun serta meminimakan kesilapan yang memberikan kelebihan kepada pihak lawan. Selain itu, pasukan negara juga perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang mencipta jaringan berharga kepada pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa