Nuffnang Ads

Ahad, 28 Jun 2015

Bola Sepak : Cabaran Pasukan NFDP Malaysia di Kejohanan Iber Cup Estoril 2015

Pasukan NFDP Malaysia bawah 13 tahun bakal meneruskan cabaran ke kejohanan Iber Cup Estoril 2015 di Portugal bermula pada 30 Jun hingga 5 Julai 2015 akan datang. Nyata kejayaan bergelar juara pada Kejohanan Iber Cup Costa del Sol 2015 lalu menjadi motivasi tinggi buat anak-anak buah Lim Teong Kim mengekalkan momentum serta semangat juang serta daya saing yang tinggi pada kejohanan ini. Kejohanan ini akan disertai oleh 34 pasukan kelab bawah 13 tahun di mana setiap pasukan dibahagikan dalam 8 Kumpulan di mana 2 Kumpulan iaitu Kumpulan D dan H terdapat 5 pasukan masing-masing.

Pasukan NFDP Malaysia bawah 13 tahun diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan kelab Sageltorps IF (Sweden), Dragon Force Lisboa dan SC Linda-a-Velha kedua-duanya dari Portugal. Pasukan negara akan memulakan cabaran dengan menentang kelab Sageltorps IF (30 Jun), Dragon Force Lisboa (30 Jun) dan SC Linda-a-Velha (1 Julai). Bual Sukan percaya, pasukan NFDP Malaysia Bawah 13 Tahun mampu membawa cabaran negara serta mampu bersaing dengan kelab-kelab lain walaupun berbeza saiz fizikal mereka sebagaimana kemampuan mereka dalam cabaran Iber Cup Costa del Sol 2015 yang lalu. Selamat berjuang untuk seluruh pemain serta barisan kejurulatihan serta pengurusan pasukan NFDP Malaysia. 

Berikut adalah Keputusan Perlawanan melibatkan pasukan NFDP Malaysia Bawah 13 Tahun di Kejohanan Iber Cup Estoril 2015 :

Sageltorps IF (30 Jun) - Menang 2-1

Dragon Force Lisboa (30 Jun) - Menang 7-0

SC Linda-a-Velha (1 Julai) - Menang 3-0

CF Os Belenenses G (3 Julai) : Pusingan 16 Terbaik - Menang 2-0

PSG (4 Julai) : Suku Akhir - Tewas 0-4

* Kemaskini Pada 4 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa