Nuffnang Ads

Selasa, 30 Jun 2015

Bola Sepak : FA Community Shield 2015

Kejohanan pembuka tirai saingan bola sepak Inggeris FA Community Shield 2015 atau Perisai Komuniti 2015 akan berlangsung pada 2 Ogos 2015 (Ahad) di Stadium Wembley. Edisi kali ini menemukan 2 kelab gergasi London iaitu Juara Liga Perdana Inggeris 2014/15, Chelsea bertemu dengan Juara Piala FA Inggeris 2014/15, Arsenal. Chelsea di bawah kendalian Jose Mourinho pastinya ingin meneruskan kecemerlangan musim lalu manakala pasukan Arsenal di bawah Arsene Wenger juga pastinya ingin membuktikan kemampuan pasukan mereka bersaing dengan Chelsea.

Bual Sukan menjangkakan kedua-dua pasukan pastinya akan mempamerkan permainan berkualiti bagi bersaing merebut gelaran FA Community Shield 2015 ini. Kedua-dua pasukan pastinya akan menurunkan barisan-barisan pemain terbaik dengan gabungan pemain-pemain lama serta pemain-pemain baru kelab yang telah ditandatangani oleh pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa