Nuffnang Ads

Ahad, 7 Jun 2015

Bola Sepak : FC Barcelona Juara Liga Juara-Juara Eropah

FC Barcelona di bawah kendalian pengurus Luis Enrique berjaya muncul juara  kejohanan Liga Juara-Juara Eropah 2014/15 apabila berjaya menewaskan Juara Liga Itali, Juventus dengan keputusan 3-1. Kejuaraan ini melengkapkan musim gemilang FC Barcelona dengan kejuaraan treble setelah muncul juara Liga Sepanyol dan Piala Liga Sepanyol. Gol-gol FC Barcelona dijaringkan oleh Ivan Rakitic, Luis Suarez dan Neymar manakala gol tunggal Juventus dijaringkan oleh Alvaro Morata.

Ternyata gandingan 3 serangkai FC Barcelona iaitu Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez sungguh berbisa di samping kemantapan barisan tengah dikemudi oleh Andreas Iniesta serta kekentalan barisan pertahanan diketuai oleh Gerard Pique yang nyata menyukarkan pasukan Juventus menembusi gawang FC Barcelona yang dikawal rapi oleh Marc-Andre ter Stegen. Dengan kejayaan ini, pasukan FC Barcelona akan bersaing merebut Piala Super Eropah bertemu satu lagi kelab Sepanyol iaitu Sevilla (Juara Piala Liga Europa) serta mewakili zon UEFA ke saingan Piala Kelab Dunia 2015 akan datang.
Bual Sukan percaya FC Barcelona pastinya akan berusaha musim depan mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki selain sedaya upaya memantapkan pasukan bagi meneruskan dominasi mereka di Sepanyol mahupun di peringkat Eropah dan Dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa