Nuffnang Ads

Selasa, 16 Jun 2015

Bola Sepak : Malaysia dibelasah Palestin

Pasukan Harimau Malaya ternyata bukan tandingan sebenar Palestin apabila pasukan Palestin dengan mudah menewaskan pasukan Malaysia dengan jaringan yang besar 6-0. Nyata perlawanan ini merupakan persembahan yang amat mengecewakan oleh anak-anak buah Ketua Jurulatih Dollah Salleh apatah lagi pasukan negara sekadar seri dengan Timor Leste pada aksi pertama Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 UAE.
Dengan kekalahan ini, peluang pasukan negata dilihat semakin tipis dengan pasukan negara bakal bertemu dengan 2 lagi pasukan terkuat Asia iaitu UAE dan Arab Saudi. Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab agar sukan bola sepak negara tidak terus menerus menjunam di masa akan datang. Bual Sukan juga menjangkakan masa depan Ketua Jurulatih Dollah Salleh dalam situasi sukar. Namun begitu, pengurusan bola sepak negara juga wajar dirombak kerana penyokong Harimau Malaya mengharapkan perubahan positif sukan bola sepak negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa