Nuffnang Ads

Isnin, 15 Jun 2015

Bola Sepak : Malaysia lawan Palestin

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh akan beraksi dalam perlawanan kedua Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan Palestin pada 16 Jun 2015 (Selasa) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setelah kecewa pada aksi pertama iaitu sekadar seri 1-1 dengan pasukan Timor Leste, pasukan negara harus mengambil kesempatan beraksi di gelanggang sendiri dengan mengutip 3 mata berharga. Namun begitu, cabaran pasukan Palestin tidak boleh dipandang mudah apatah lagi mereka merupakan antara 16 pasukan yang beraksi pada AFC Piala Asia 2015 Australia yang lalu. Pasukan Palestin tewas tipis perlawanan pertama 2-3 kepada pasukan Arab Saudi mengharapkan mereka mencapai kemenangan bertemu pasukan Malaysia.  
Dengan 2 pasukan pilihan Kumpulan A iaitu UAE dan Arab Saudi yang bakal ditemuai dalam aksi berikutnya, pasukan Harimau Malaya wajib menang bagi mencabar kedudukan Kumpulan A ini. Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Dollah Salleh mempunyai strategi dan taktikal terbaik menentang Palestin. Kesilapan serta kelalaian pemain-pemain negara seharusnya diminimakan supaya fokus mencapai kemenangan ke atas Palestin tercapai. Pasukan negara juga seharusnya memanfaatkan perlawanan ini sebaiknya dengan menggunakan segala ruang serta memanfaatkan peluang mencipta jaringan. Semoga pasukan negara berjaya mencapai kejayaan seterusnya berjaya mencatat kemenangan bagi menghidupkan peluang pasukan negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa