Nuffnang Ads

Rabu, 10 Jun 2015

Bola Sepak : Malaysia lawan Timor Leste

Pasukan Harimau Malaya bakal menghadapi perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2018 serta Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 denfan bertemu pasukan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun 2015 akan datang. Perlawanan ini nyata penting untuk dimenangi oleh pasukan negara sekiranya ingin mencabar tempat ke pusingan ketiga Kelayakan Zon AFC. Dengan undian sukar bersama-sama pasukan UAE, Arab Saudi dan Palestin, perlawanan bertemu Timor Leste amat penting untuk pasukan negara memungut mata penuh.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Dollah Salleh pastinya bakal menyenaraikan kesebelasan terbaik negara bagi menghadapi perlawanan malam esok. Semoga maju jaya diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa