Nuffnang Ads

Khamis, 11 Jun 2015

Bola Sepak : Malaysia 1 - Timor Leste 1

Pasukan Harimau Malaya nyata mengecewakan harapan peminat tempatan apabila sekadar berkongsi 1 mata dengan lawan yang dahulu antara pasukan lemah iaitu Timor Leste dalam perlawanan pertama Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia serta Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Kegagalan memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri dengan mengutip 3 mata berharga nyata merugikan pasukan. Seperti aksi-aksi perlawanan terdahulu, kelalaian serta kesilapan pemain yang tidak sepatutnya dilakukan nyata berjaya dihukum oleh pasukan lawan.

Selepas ini pasukan negara bakal beraksi menentang pasukan Palestin yang merupakan antara pasukan yang beraksi dalam AFC Piala Asia 2015 Australia yang lalu. Pasukan negara perlu menang dalam perlawanan ini sekiranya ingin terus bersaing bersama-sama dengan 2 lagi pasukan gergasi Asia iaitu UAE dan Arab Saudi. Apa lagi alasan yang bakal diberikan oleh pihak bertanggungjawab ekoran kegagalan ini. Nyata perjalanan sukan bola sepak negara masih jauh dsn sesuatu perlu dilakukan bagi memartabatkan semula bola sepak tanah air.

Pada pandangan Bual Sukan, pemilihan pemain perlu dilakukan dengan teliti selain beberapa orang pemain yang tidak seharusnya ada dalam pasukan kebangsaan. Sebagai peminat bola sepak serta pasukan Harimau Malaya yang sayangkan pasukan negara dan rombakan perlu dilakukan bagi melihat kelangsungan bola sepak negara di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa