Nuffnang Ads

Jumaat, 19 Jun 2015

Bola Sepak : Suku Akhir Piala AFC 2015

Kejohanan Bola Sepak Piala AFC 2015 telah memasuki pusingan suku akhir dengan 8 pasukan berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan ini. 2 wakil negara iaitu Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) serta Juara Piala FA 2014 dan Juara Piala Malaysia 2014, Pahang akan membawa cabaran kelab Malaysia ke pusingan suku akhir yang akan diadakan secara timbal balik.

Dalam undian suku akhir yang telah diadakan pada 18 Jun 2015, pasukan JDT FC diundi bertemu kelab Hong Kong iaitu South China manakala pasukan Pahang bakal berdepan dengan cabaran getir bertemu kelab dari Tajikistan iaitu Istiklol. Bual Sukan percaya pasukan Harimau Selatan dan Tok Gajah mampu memberikan saingan getir kepada kelab-kelab ini seterusnya melangkah ke pusingan Separuh Akhir. Berikur adalah undian serta jadual perlawanan suku akhir Piala AFC 2015 akan datang :

SUKU AKHIR PERTAMA

25 Ogos 2015
Al-Qadsia (Kuwait) lawan Al-Jaish (Syria) (3-0)

Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) lawan South China (Hong Kong) (1-1)

26 Ogos 2015
Al-Kuwaiti (Kuwait) lawan Kitchee (Hong Kong) (6-0)

Istiklol (Tajikistan) lawan Pahang (Malaysia) (4-0)

SUKU AKHIR KEDUA

15 September 2015
Al-Jaish (Syria) lawan Al-Qadsia (Kuwait) (2-0)
(Al-Qadsia menang agregat 3-2)

South China (Hong Kong) lawan Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) (1-3)
(Johor Darul Ta'zim FC menang agregat 4-2)

16 September 2015
Kitchee (Hong Kong) lawan Al-Kuwaiti (Kuwait) (1-1)
(Al-Kuwaiti menang agregat 7-1)

Pahang (Malaysia) lawan Istiklol (Tajikistan) (3-1)
(Istiklol menang agregat 5-3)

* Kemaskini pada 17 September 2015. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa