Nuffnang Ads

Rabu, 3 Jun 2015

Bual Sukan : Lagu Tema Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2015 - Kuara Juara : KRU

Kontinjen negara kini sedang berjuang dalam temasya sukan terbesar Asia Tenggara iaitu Sukan SEA. Sukan SEA 2015 berlangsung di Singapura merupakan kejohanan edisi ke 28 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1959. Kontinjen negara bakal diketuai oleh Chief-De-Mission Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pastinya meletakkan sasaran memenangi seberapa banyak kutipan pingat pada temasya pada kali ini.

Bual Sukan percaya dengan segala persediaan serta persiapan rapi tidak mustahil kontinjen negara mampu bersaing dengan kuasa besar Sukan SEA iaitu Thailand, Vietnam, Indonesia serta Singapura selain kontinjen negara Asia Tenggara yang lain seperti Filipina, Myanmar, Laos, Kemboja, Brunei dan Timor Leste. Selamat berjuang diucapkan kepada barisan atlet negara. Semoga berjaya mengharumkan nama negara. Jom kita layan lagu semangat "Kuasa Juara - KRU" yang merupakan lagu tema kontinjen Malaysia :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa