Nuffnang Ads

Rabu, 3 Jun 2015

Hoki : Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia di Liga Hoki Dunia FIH 2014/15

Pasukan Hoki Malaysia atau The Speedy Tigers di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Tan Beng Hai kini dalam fasa terakhir persiapan menghadapi Pusingan Separuh Akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 di Belgium bermula 20 Jun hingga 5 Julai 2015 akan datang. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan tuan rumah Belgium, Britain, Republik Ireland dan China. Berdasarkan kedudukan ranking semasa, pasukan negara berada di kedudukan ke 12 dunia manakala pasukan Britain (4), Belgium (5), Republik Ireland (15) dan China (28). Pasukan negara pastinya akan berusaha serta memberikan fokus terbaik menghadapi pasukan-pasukan ini.

Bual Sukan percaya The Speedy Tigers mampu mempamerkan aksi yang membanggakan seterusnya merebut tempat ke pusingan akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 yang dijadualkan berlangsung di India pada Disember 2015 akan datang. Dengan semangat serta keazaman yang tinggi tidak mustahil pasukan negara mampu bersaing dengan 4 pasukan ini. Berikut adalah jadual perlawanan pasukan negara pada Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/14 akan datang :

21 Jun : China (menang 3-2)

25 Jun : Republik Ireland (menang 4-2)

26 Jun : Belgium (kalah 0-2)

28 Jun : Britain (kalah 1-3)

Suku Akhir

1 Julai : India (kalah 2-3)

Penentuan Tempat 5 - 8

3 Julai : Perancis (menang 4-1)

Penentuan Tempat 5/6

4 Julai : Republik Ireland (kalah 1-4)

Malaysia menamatkan aksi di tempat ke 6.

Jaringan : 15 Gol
Bolos : 17 Gol

* Kemaskini pada 4 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa