Nuffnang Ads

Selasa, 9 Jun 2015

Hoki : Senarai Pemain Hoki Malaysia ke Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15

Pasukan Hoki Malaysia atau The Speedy Tigers kini dalam fasa terakhir menghadapi Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 yang akan berlangsung di Antwerp, Belgium pada 20 Jun hingga 5 Julai akan datang. Pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, Tan Beng Hai ini diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan tuan rumah Belgium, Great Britain, Republik Ireland dan China. Pasukan negara pastinya diletakkan harapan yang tinggi untuk bersaing pada kejohanan kali ini. 
Bual Sukan percaya, barisan pemain yang disenaraikan ini mampu menggalas misi negara melayakkan diri ke Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 di India selain merebut tiket pasukan ke Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang. Berikut adalah senarai 18 pemain yang bakal menggalas cabaran negara ke Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/15 akan datang : 

Penjaga Gol :
Muhammad Hafizuddin Othman (menggantikan S. Kumar)
Roslan Jamaluddin

Pertahanan :

Azlan Misron
Mohamad Shukri Abdul Mutalib
Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin
Muhammad Razie Abdul Rahim (Ketua Pasukan)
Baljit Singh Charun

Tengah :

Faiz Helmi Jali
Meor Muhamad Azuan Hasan
Muhammad Marhan Mohd Jalil
Nabil Fiqri Mohd Noor
Mohamed Shahrun Nabil Abdullah
Shahril Saabah

Penyerang :

Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil
Muhammad Haziq Samsul
Faizal Saari
Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin
Muhammad Firhan Ashaari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa