Nuffnang Ads

Jumaat, 31 Julai 2015

Badminton : Cabaran Pemain Malaysia ke TOTAL BWF World Championships 2015

Kejohanan TOTAL BWF World Championships 2015 akan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula pada 10 hingga 16 Ogos 2015 akan datang. Kejohanan ini pastinya mengumpulkan pemain-pemain badminton terbaik seluruh dunia merebut gelaran bagi kategori yang dipertandingkan. Cabaran pemain Malaysia ke kejohanan kali ini akan diketuai oleh bekas pemain perseorangan nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang baru kembali beraksi pada 1 Mei 2015 yang lalu selepas digantung selama 8 bulan akibat isu doping. Beliau yang kini berusaha memperbaiki kedudukan ranking BWF bagi mencerahkan laluan ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil akan datang.

Selain beliau, cabaran Malaysia turut disertai oleh Zulfadli Zulkiffli (perseorangan lelaki), Tee Jing Yi dan Lydia Cheah (Perseorangan Wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (Bergu Lelaki), Vivian Hoo - Woon Khe Wei, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho, Lim Yin Loo-Lee Meng Yean dan Joyce Choong-Yap Cheng Wen (Bergu Wanita), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Wong Fai Yin-Cho Mei Kuan, Tan Chee Tean-Shevon Lai dan Tan Aik Quan-Lai Pei Jin (Bergu Campuran). Walaupun laluan dilihat sukar, Bual Sukan percaya bahawa pemain-pemain negara mampu bersaing serta memberi tentangan sengit kepada lawan masing-masing. Selamat berjuang diucapkan kepada pemain-pemain negara ke Kejohanan TOTAL BWF World Championships 2015.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa