Nuffnang Ads

Sabtu, 25 Julai 2015

Bola Sepak : 2015 Trophée des Champions

Kejohanan pembuka tirai musim baru Liga Bola Sepak Perancis 2015/16, Piala Super Perancis atau 2015 Champions Trophy atau 2015 Trophée des Champions akan berlangsung pada 1 Ogos 2015 akan datang. Kejohanan tahunan ini bakal menemukan juara Ligue 1 Perancis 2014/15 dengan juara Coupe de France 2014/15. Dengan pasukan PSG muncul juara kedua-dua piala tersebut, pasukan Olympique Lyon yang menamatkan cabaran di kedudukan kedua Ligue 1 musim lalu akan bertemu dengan PSG. Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stade Saputo, Montreal, Quebec, Kanada. 

Pasukan PSG di bawah kendalian pengurus Laurent Blanc pastinya menjadi pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan 2015 Trophée des Champions dengan memiliki barisan pemain yang mantap di semua posisi. Namun begitu, cabaran pasukan Olympique Lyon tidak perlu dipandang mudah kerana pasukan di bawah bimbingan pengurus Hubert Fournier ini memiliki pemain-pemain berbakat besar serta mampu mengejutkan PSG dengan gerakan-gerakan menarik. Bual Sukan percaya, peminat-peminat bakal disajikan dengan aksi perlawanan yang mantap oleh kedua-dua pasukan ini. Pasukan yang berjaya mencipta dan memanfaatkan peluang terhidang pastinya akan merangkul kejuaraan 2015 Trophée des Champions ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa