Nuffnang Ads

Sabtu, 4 Julai 2015

Bola Sepak : 2015 UEFA Super Cup

UEFA Piala Super Eropah 2015 atau 2015 UEFA Super Cup akan berlangsung pada 11 Ogos 2015 akan datang di mana perlawanan edisi kali ke 40 ini akan berlangsung di Boris Paichadze Dinamo Arena di Tbilisi, Georgia. Kejohanan ini akan menemukan 2 kelab Sepanyol iaitu FC Barcelona selaku juara UEFA Champions League 2014/15 dengan Sevilla selaku juara UEFA Europa League 2014/15. Perlawanan ini pastinya menarik kerana kedua-dua pasukan ini bakal menurunkan barisan pemain-pemain terbaik masing-masing.

Bual Sukan percaya, FC Barcelona pastinya menjadi pasukan pilihan dengan gandingan trio penyerang terbaik mereka iaitu Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez pastinya mengucar kacirkan barisan pertahanan pasukan Sevilla. Selain itu juga, FC Barcelona di bawah kendalian pengurus, Luis Enrique dilihat mempunyai barisan pemain-pemain yang mantap di setiap posisi. Namun begitu, saingan pasukan Sevilla tidak harus dipandang mudah kerana mereka mempunyai corak permainan yang mantap dengan gerakan-gerakan yang tersusun seterusnya mampu menafikan kejayaan pasukan FC Barcelona merangkul kejuaraan Piala Super Eropah 2015 kali ini. Semoga aksi yang bakal ditampilkan kedua-dua pasukan ini menarik dan terbaik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa