Nuffnang Ads

Ahad, 26 Julai 2015

Bola Sepak : 2018 FIFA World Cup Russia Qualification (UEFA)

Undian Pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 Russia atau 2018 FIFA World Cup Russia berlangsung di Zenit St. Petersburg, Rusiia pada 25 Julai 2015. Dengan Russia selaku tuan rumah layak secara automatik, pusingan kelayakan Zon UEFA akan melibatkan 52 negara yang akan dibahagikan kepada 9 Kumpulan. Juara setiap Kumpulan akan layak secara automatik manakala 8 pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan akan bermain dalam aksi play-offs bagi merebut 4 lagi slot bagi pasukan Zon UEFA.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh FIFA, Pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 Russia bagi Zon UEFA akan bermula pada 4 September 2016 sehingga 10 Oktober 2017 bagi perlawanan peringkat kumpulan manakala saingan play-offs pula akan diadakan pada 9 hingga 14 November 2017. Bual Sukan menjangkakan saingan setiap kumpulan pastinya sengit kerana setiap pasukan pastinya meletakkan sasaran untuk melangkah ke Pusingan Akhir Piala Dunia FIFA 2018 Russia akan datang. Berikut adalah keputusan undian Pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 Russia bagi Zon UEFA :

KUMPULAN A
Netherlands, France, Sweden, Bulgaria, Belarus, Luxernbourg

KUMPULAN B 
Portugal, Switzerland, Hungary, Faroe Islands, Latvia, Andorra

KUMPULAN C
Germany, Czech Republic, Northern Ireland, Norway, Azerbaijan, San Marino

KUMPULAN D
Wales, Austria, Serbia, Republic Ireland, Moldova, Georgia

KUMPULAN E
Romania, Denmark, Poland, Montenegro, Armenia, Kazakhstan

KUMPULAN F
England, Slovakia, Scotland, Slovenia, Lithuania, Malta

KUMPULAN G
Spain, Italy, Albania, Israel, FYR Macedonia, Liechtenstein

KUMPULAN H
Belgium, Bosnia and Herzegovina, Greece, Estonia, Cyprus

KUMPULAN I
Croatia, Iceland, Ukraine, Turkey, Finland

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa