Nuffnang Ads

Ahad, 5 Julai 2015

Bola Sepak : Chile Juara Copa America 2015

Pasukan tuan rumah Copa America 2015, Chile berjaya merangkul kejuaraan berprestij benua CONMEBOL setelah berjaya menewaskan pasukan Argentina dengan keputusan 4-1 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 0-0 setelah tamat 120 minit perlawanan. Ini merupakan kejuaraan kali pertama pasukan Chile selepas 99 tahun kejohanan dan kejayaan ini nyata membanggakan pasukan mereka. Pasukan bimbingan pengurus dari Argentina Jorge Sampaoli ini berjaya menguasai perlawanan dan kecemerlangan Ketua Pasukan yang juga Penjaga Gol utama pasukan, Claudio Bravo berjaya menyekat sepakan penalti pemain Argentina sekaligus berjaya menafikan Argentina untuk merangkul kejuaraan.
Dengan kejayaan ini, pasukan La Roja ini akan mewakili Zon CONMEBOL ke Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 di Russia. Kejayaan ini menunjukkan kebangkitan bola sepak Chile yang kini mempunyai ramai pemain-pemain bintang berkelas dunia setarf dengan pasukan Argentina, Brazil, Colombia dan Uruguay. Bual Sukan percaya momentum kejayaan ini bakal diteruskan lagi pada pusingan kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia zon CONMEBOL akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa