Nuffnang Ads

Jumaat, 24 Julai 2015

Bola Sepak : DFL-Supercup 2015

Piala Super Jerman 2015 atau DFL-Supercup 2015 merupakan kejohanan pembuka tirai musim panjang Liga Jerman 2015/16 akan datang. Kejohanan ini akan menemukan juara Bundesliga Jerman 2014/15 iaitu FC Bayern Munich dengan juara DFB-Pokal 2014/15 iaitu VfL Wolfsburg. Perlawanan ini dijadualkan pada 1 Ogos 2015 akan datang dengan Stadium Volkswagen Arena, Wolfsburg akan menjadi medan pertarungan kedua-dua pasukan.

Pasukan FC Bayern Munich pastinya menjadi pasukan pilihan dengan reputasi gah mereka mendominasi Bundesliga musim lalu. Dengan barisan pemain-pemain bintang seperti Manuel Neuer, Arjen Robben, Philip Lahm, Thomas Muller dan ramai lagi, anak-anak buah Pep Guardiola ini pastinya ingin mencapai kejayaan merangkul gelaraan DFL-Supercup 2015 kali ini setelah tewas pada musim lalu kepada Borussia Dortmund. Namun begitu, cabaran pasukan VfL Wolfsburg pastinya getir dengan kejayaan manis mereka merangkul gelaran DFB-Pokal musim lalu selain menamatkan saingan Bundesliga di belakang FC Bayern Munich. Anak-anak buah pengurus Dieter Hecking ini pastinya akan mempamerkan persembahan bertenaga apatah lagi mereka juga memiliki barisan pemain-pemain bintang dan berbakat seperti Kevin De Bruyne, Andre Schurrle, Max Kruse dan ramai lagi. Bual Sukan menjangkakan aksi perlawanan ini pastinya sengit dan pasukan yang berjaya memanfaatkan peluang akan berjaya memenangi perlawanan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa