Nuffnang Ads

Sabtu, 25 Julai 2015

Bola Sepak : Johan Cruijff Schaal 2015

Kejohanan pembuka tirai musim baru Liga Belanda 2015/16 yang dikenali dengan Johan Cruijff Shield 2015 atau Johan Cruijff Schaal 2015 akan berlangsung pada 2 Ogos 2015 akan datang. Kejohanan ini bakal menemukan juara Eredevisie Belanda 2014/15, PSV Eindhoven dengan juara Piala KNVB 2014/15 FC Groningen. Perlawanan dijadualkan berlangsung di Amsterdam Arena.

Pasukan PSV selaku juara Eredevisie pastinya menjadi pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan ini. Walaupun pasukan di bawah kendalian Philip Cocu ini kehilangan beberapa tonggak seperti penjaring terbanyak Memphis Depay dan Ketua Pasukan mereka musim lalu Georginio Wijnaldum, PSV tetap mempunyai barisan pemain terbaik dengan gabungan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berbakat besar. Namun begitu, cabaran pasukan FC Groningen pastinya tidak boleh dipandang mudah apatah lagi kejayaan mereka yang dibimbing oleh Erwin van de Looi merangkul kejuaraan Piala Belanda KNVB musim lalu. Bual Sukan percaya, peminat bola sepak pastinya akan menyaksikan pertarungan sengit antara kedua-dua pasukan yang pastinya ingin sama-sama mencabar kejuaraan musim ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa