Nuffnang Ads

Isnin, 6 Julai 2015

Bola Sepak : Kesebelasan Terbaik Copa America 2015

Kejohanan Copa Amerika 2015 Chile telahpun melabuhkan tirainya dengan pasukan Chile berjaya merangkul kejuaraan buat kali pertama setelah berjaya menewaskan pasukan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi yang penuh mendebarkan. Kejayaan ini sangat manis buat pasukan bimbingan Jorge Sampaoli setelah sekian lama menunggu untuk bergelar juara sejak kejohanan diperkenalkan pada tahun 1916. Kejayaan pasukan La Roja ini berjaya melayakkan mereka ke kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia akan datang mewakili pasukan zon CONMEBOL.

Berdasarkan kesebelasan terbaik Copa America 2015 yang dikeluarkan, 5 pemain Chile berada dalam kesebelasan terbaik manakala 3 pemain Argentina, 2 pemain Peru dan 1 pemain Colombia berada dalam pasukan terbaik. Tiada pemain Brazil dan Uruguay yang tersenarai dalam pasukan terbaik kejohanan kerana kedua-dua pasukan nyata mengharungi aksi yang penuh mengecewakan sepanjang kejohanan. Bual Sukan percaya, saingan merebut tempat ke FIFA Piala Dunia 2018 Russia bagi zon CONMEBOL ini pastinya sengit dengan kesemua pasukan dilihat mempunyai peluang yang seimbang untuk layak ke Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Berikut adalah kesebelasan terbaik kejohanan Copa Amerika 2015 Chile :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa