Nuffnang Ads

Ahad, 5 Julai 2015

Bola Sepak : Nama Gelaran 12 Pasukan Piala Emas CONCACAF 2015

Kejohanan berprestij bola sepak zon CONCACAF, Piala Emas CONCACAF 2015 atau 2015 CONCACAF Gold Cup akan berlangsung pada 7 hingga 26 Julai 2015 akan datang dengan pasukan Amerika Syarikat dan Kanada menjadi tuan rumah bersama pada kali ini. Kejohanan edisi kali ini disertai oleh 12 Pasukan di mana Amerika Syarikat selaku juara bertahan pastinya akan berusaha mempertahankan gelaran yang mereka menangi pada edisi 2013 yang lalu. 

Juara edisi ini akan bersaing dengan Amerika Syarikat (Pemenang Piala Emas CONCACAF 2013) dalam Playoff menentukan wakil Zon CONCACAF ke Kejohanan FIFA Piala Konfederasi 2017 di Russia atau 2017 FIFA Confederations Cup akan datang. Sekiranya Amerika Syarikat menjadi juara edisi ini, mereka akan mewakili Zon CONCACAF secara automatik ke kejohanan tersebut.

Bual Sukan menjangkakan aksi kejohanan edisi kali ini pastinya menarik apatah lagi kesemua 12 pasukan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang keemasan yang dicipta pastinya berjaya mencatat keputusan yang cemerlang. Berikut adalah nama gelaran 12 pasukan yang bersaing pada kejohanan kali ini :
KUMPULAN A
USA : The Stars and Stripes, The Yank, Team USA

Panama : Los Canaleros (The Canal Men), La Marea Roja (The Red Tide)

Haiti : Les Grenadiers, Le Rouge et Bleu, Les Bicolores, La Sélection Nationale

Honduras : Los Catrachos, La Bicolor, La H, La Garra Catracha

KUMPULAN B
Costa Rica : La Sele, La Tricolor, Los Ticos, Los Mata Campeones

El Salvador : La Selecta, Los Cuscatlecos, La Azul y Blanco

Jamaica : The Reggae Boyz

Canada : The Canucks, Les Rouges (The Reds)

KUMPULAN C 
Mexico : El Tri (The Tri), El Tricolor (The Tri-color), La Verde (The Green)

Guatemala : La Azul y Blanco, Los Chapines, La Bicolor, La Furia Azul

Trinidad and Tobago : The Soca Warriors

Cuba : Leones del Caribe (Lions of the Caribbean)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa