Nuffnang Ads

Khamis, 2 Julai 2015

Bola Sepak : Senarai Kelab Eredivisie Belanda 2015/16

Sepak mula musim baru Eredivisie Belanda 2015/16 akan berlangsung pada 7 Ogos 2015 akan datang. 18 kelab akan bersaing merebut gelaran juara Eredivisie Belanda 2015/16 dengan pasukan juara bertahan PSV Eindhoven di bawah bekas pemain kebangsaan Belanda, Philip Cocu pastinya akan berusaha mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Namun begitu, laluan untuk mempertahankan gelaran pastinya tidak mudah apatah lagi mereka kehilangan ayam tambatan musim lalu Memphis Depay yang berpindah ke Manchester United. 17 pasukan lain juga pastinya akan memberikan saingan sengit Eredivisie musim ini.

Bual Sukan percaya, saingan merebut takhta kejuaraaan Eredivisie Belanda 2015/16 pastinya sengit dan dramatik apatah lagi setiap pasukan berbelanja membawa masuk pemain-pemain baru berkualiti selain pemain-pemain sedia ada musim lalu. Pasukan yang berjaya memanfaatkan peluang kemenangan perlawanan demi perlawanan pastinya berpeluang mencabar kejuaraan Eredivisie Belanda 2015/16 kali ini. Berikut adalah senarai 18 Kelab Eredivisie Belanda 2015/16 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa