Nuffnang Ads

Sabtu, 11 Julai 2015

Bola Sepak : Senarai Kelab Russian Premier League 2015/16

Russian Premier League atau Liga Perdana Russia merupakan antara liga terbaik peringkat eropah. Bagi musim baru 2015/16 akan datang, 16 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara Liga. Juara bertahan Liga Perdana Russia iaitu Zenit St. Petersburg di bawah kendalian pengurus dari Portugal, Andre Villas-Boas pastinya sekali lagi akan mengekalkan kejuaraan liga yang mereka menangi musim lalu. Namun begitu, saingan kelab-kelab lain juga pastinya sengit dan setiap kelab pastinya berusaha mencapai kemenangan demi kemenangan bagi bersaing merebut gelaran serta mengelakkan daripada tersingkir dari Liga Perdana Russia.

Bual Sukan percaya, saingan musim ini pastinya sengit dengan setiap pasukan pastinya akan mempamerkan permainan terbaik masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain baru untuk digabungkan membentuk pasukan yang mantap. Selain itu, gabungan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda pastinya akan digunakan oleh kelab masing-masing apatah lagi Russia akan menjadi tuan rumah Kejohanan FIFA Piala Dunia 2018 akan datang. Berikut adalah senarai kelab yang akan bersaing dalam Russian Premier League 2015/16 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa