Nuffnang Ads

Rabu, 22 Julai 2015

Bola Sepak : Supercopa de Espana 2015

Sepak mula musim panjang Liga Sepanyol 2015/16 atau Spanish La Liga 2015/16 akan bermula 22 Ogos 2015 akan datang. Namun begitu, sebelum sepak mula La Liga, Piala Super Sepanyol 2015 atau Spanish Super Cup 2015 akan berlangsung menemukan Juara La Liga 2014/15 dengan Juara Copa del Rey 2014/15 dengan perlawanan akan diadakan secara timbal balik. Dengan FC Barcelona berjaya merangkul kedua-dua gelaran tersebut, pasukan naib juara Copa del Rey 2014/15 iaitu Athletic Bilbao akan menentang pasukan FC Barcelona bagi merebut gelaran pembuka tirai musim 2015/16. Perlawanan tersebut akan dilangsungkan secara timbal balik pada 14 Ogos 2015 di Stadium Sam Memes, Bilbao bagi perlawanan pertama dan pada 17 Ogos 2015 di Stadium Nou Camp, Barcelona bagi perlawanan kedua.
Pasukan FC Barcelona pastinya menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan Piala Super Sepanyol 2015 ini kerana pasukan mereka memiliki barisan pemain-pemain bintang seperti Lionel Messi, Neymar, Luis Suarez dan ramai lagi. Namun begitu, anak-anak buah Luis Enrique ini pastinya berhati-hati dengan ancaman pasukan Athletic Bilbao yang pastinya akan bermain bersungguh-sungguh bagi memastikan kejuaraan menjadi milik mereka. Bual Sukan percaya, perlawanan ini pastinya sengit dan mendebarkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa