Nuffnang Ads

Sabtu, 15 Ogos 2015

Badminton : Lee Chong Wei ke Perlawanan Akhir TOTAL BWF World Championships 2015

Bekas pemain perseorangan nombor satu dunia yang juga pemain badminton nombor satu Malaysia, Dato' Lee Chong Wei membuktikan beliau masih boleh disandarkan sebagai harapan negara meraih pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016, Brazil apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2015 yang sedang berlangsung di Jakarta, Indonesia. Beliau berpeluang merangkul kejuaraan dunia buat kali pertama dalam karier beliau apabila berdepan dengan cabaran getir pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China.

Pada perlawanan separuh akhir, beliau berjaya menewaskan pemain nombor 2 dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark yang sebelum itu berjaya menewaskan cabaran Lin Dan dari China di peringkat suku akhir. Beliau menang dalam 2 set iaitu 21-7, 21-19 dalam masa 42 minit. Bual Sukan percaya, Dato' Lee Chong Wei mampu berdepan saingan getir pemain sensasi China ketika ini, Chen Long seterusnya merangkul gelaran dunia buat kali pertama. Kejayaan ini sekaligus mencerahkan lagi peluang beliau untuk terus meningkatkan ranking dunia sekaligus menempah tiket ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil akan datang. Tahniah diucapkan kepada Dato' Lee Chong Wei atas kejayaan bermakna beliau ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa