Nuffnang Ads

Ahad, 16 Ogos 2015

Badminton : Perlawanan Akhir BWF Kejohanan Dunia 2015

Saingan BWF Badminton Kejohanan Dunia 2015 atau TOTAL BWF World Championships 2015 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia semakin menuju ke kemuncak saingan dengan perlawanan akhir akan berlangsung pada hari ini 16 Ogos 2015 (Ahad). Kejohanan yang telah bermula pada 10 Ogos 2015 yang lalu menampilkan kejutan demi kejutan di mana terdapat pemain pilihan yang tewas kepada pemain bukan pilihan pada pusingan awal. Seperti kejohanan-kejohanan edisi lalu, jaguh-jaguh badminton daripada China sekali lagi mendominasi pentas perlawanan akhir dengan 5 wakil mereka berjaya bersaing di peringkat ini kecuali tiada wakil pada acara perseorangan wanita.

Bual Sukan percaya, peminat badminton seluruh dunia pastinya akan menyaksikan perlawanan hebat dalam setiap kategori. Pemain yang berjaya menyerap tekanan serta menguasai gelanggang pastinya akan berjaya di pentas perlawanan akhir ini. Berikut adalah pertembungan perlawanan akhir BWF Badminton Kejohanan Dunia 2015 Jakarta, Indonesia yang akan berlangsung hari ini :

Perseorangan Lelaki
Chen Long (China) lwn Lee Chong Wei (Malaysia)
Chen Long Menang 21-14, 21-17

Perseorangan Wanita
Carolina Marin (Sepanyol) lwn Saina Nehwal (India)
Carolina Marin Menang 21-16, 21-19

Bergu Lelaki
Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan (Indonesia) lwn Liu Xiaolong - Qiu Zihan (China)
Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan Menang 21-17, 21-14

Bergu Wanita
Tian Qing - Zhao Yunlei (China) lwn Christinna Pedersen - Kamilla Rytter Juhl (Denmark)
Tian Qing - Zhao Yunlei Menang 23-25, 21-8, 21-15

Bergu Campuran
Zhang Nan - Zhao Yunlei (China) lwn Liu Cheng - Bao Yixin (China)
Zhang Nan - Zhao Yunlei Menang 21-17, 21-11 

* dikemaskini pada 16 Ogos 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa