Nuffnang Ads

Khamis, 6 Ogos 2015

Bola Sepak : 2015/16 UEFA Champions League Play-Off Round

Undian pusingan play-off Liga Juara-Juara Erupah 2015/16 atau 2015/16 UEFA Champions League akan berlangsung pada 7 Ogos 2015 ini.  20 pasukan akan bersaing merebut 10 lagi tempat ke undian utama Liga Juara-Juara Eropah menyertai 22 pasukan yang telah layak ke peringkat ini. 10 pasukan yang tewas pula akan beraksi di UEFA Piala Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 akan datang. 20 pasukan ini telah dibahagikan dalam 2 Kumpulan iaitu 10 pasukan dalam Champions Route manakala 10 lagi pasukan dalam League Route. Dengan perlawanan akan diadakan secara timbal balik, setiap pasukan dilihat berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya sekiranya berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang tercipta untuk menjaringkan gol sama ada di gelanggang sendiri atau di gelanggang lawan.

Perlawanan pertama dijadualkan pada 18 dan 19 Ogos 2015 bagi perlawanan pertama manakala 25 dan 26 Ogos 2015 bagi perlawanan kedua. Bual Sukan percaya, saingan peringkat ini pastinya getir dan mendebarkan. Berikut adalah senarai pasukan yang bakal bersaing melengkapkan senarai 32 pasukan yang akan ke peringkat undian utama pada 27 Ogos 2015 akan datang :
Champions Route
Pasukan Pilihan (Seeded)
FC Basel
Celtic
APOEL Nicosia
BATE Borisov
Dinamo Zagreb

Pasukan Bukan Pilihan (Unseeded)
Maccabi Tel Aviv
FK Partizan
Malmo FF
KF Skënderbeu Korçe
FC Astana

League Route
Pasukan Pilihan (Seeded)
Manchester United
Bayer Leverkusen
Valencia
Shakhtar Donetsk
Sporting CP

Pasukan Bukan Pilihan (Unseeded)
CSKA Moskow
Lazio
Club Brugge
Monaco
Rapid Wein

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa