Nuffnang Ads

Jumaat, 7 Ogos 2015

Bola Sepak : 2015/16 UEFA Champions League Play-Off Draw

Undian Pusingan Play-off Liga Juara-Juara Eropah atau UEFA Champions League telah berlangsung di Nyon, Switzerland pada 7 Ogos 2015. 20 pasukan akan bersaing merebut 10 lagi tiket ke peringkat undian kumpulan menyertai 22 pasukan yang telah layak ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. 10 pasukan diletakkan dalam Champions Route manakala 10 lagi pasukan bersaing dalam League Route. Perlawanan akan diadakan secara timbal balik di mana perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 18 dan 19 Ogos 2015 manakala perlawanan pusingan kedua pula akan berlangsung pada 25 dan 26 Ogos 2015.   

Dalam undian yang telah dijalankan, pada pandangan Bual Sukan antara pertembungan yang menarik adalah pertemuan antara Lazio - Bayer Leverkusen, Manchester United - Club Brugge dan Valencia -Monaco. Namun begitu undian lain juga turut menarik di mana setiap pasukan pastinya akan mencari bekalan yang selesa untuk layak ke saingan peringkat kumpulan akan datang. Berikut adalah keputusan undian pusingan play-off 2015/16 UEFA Champions League : 

Pusingan Pertama
18 Ogos 2015
Astana 1964 lwn APOEL Nicosia
BATE Borisov lwn FK Partizan
Lazio lwn Bayer Leverkusen
Manchester United lwn Club Brugge

Sporting CP lwn CSKA Moskow

19 Ogos 2015
KF Skënderbeu Korçe lwn Dinamo Zagreb
Celtic lwn Malmo FF
FC Basel lwn Maccabi Tel Aviv
Rapid Wein lwn Shakhtar Donetsk
Valencia lwn Monaco

Pusingan Kedua
25 Ogos 2015
Dinamo Zagreb lwn KF Skënderbeu Korçe 
Malmo FF lwn Celtic
Maccabi Tel Aviv lwn FC Basel
Shakhtar Donetsk lwn Rapid Wein
Monaco lwn Valencia

26 Ogos 2015
APOEL Nicosia lwn Astana 1964
FK Partizan lwn BATE Borisov
Bayer Leverkusen lwn Lazio
Club Brugge lwn Manchester United

CSKA Moskow lwn Sporting CP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa