Nuffnang Ads

Isnin, 31 Ogos 2015

Bola Sepak : Malaysia lawan Arab Saudi

Pasukan Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh dijadualkan berdepan dengan pasukan Arab Saudi atau nama gelaran mereka The Falcons atau The Green pada 8 September 2015 akan datang iaitu 5 hari selepas pertemuan dengan satu lagi pasukan gergasi Asia, UAE. Ini merupakan perlawanan keempat pasukan negara dalam Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Pasukan Arab Saudi yang kini dibimbing oleh bekas Ketua Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk kini berada di kedudukan ke 92 ranking FIFA manakala pasukan negara di kedudukan ke 168 dunia.

Pasukan Harimau Malaya perlu memberikan permainan terbaik bagi memastikan pasukan negara mampu bersaing dalam aksi pusingan kelayakan ini. Pasukan The Falcons ini pastinya menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini apatah lagi reputasi mereka yang pernah 4 kali melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia selain muncul juara 3 kali di peringkat Asia. Bual Sukan mengharapkan pasukan negara mampu melakarkan keputusan yang membanggakan sekaligus mencerahkan peluang melangkah ke peringkat seterusnya. Ketua Jurulatih negara juga pastinya mempunyai strategi, taktikal serta perancangan terbaik bagi menghadapi lawan yang merupakan antara pasukan gergasi asia. Selamat Berjuang Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa