Nuffnang Ads

Isnin, 3 Ogos 2015

Bola Sepak : Arsenal Juara FA Community Shield 2015

Pasukan The Gunners, Arsenal berjaya merangkul kejuaraan Perisai Komuniti 2015 atau FA Community Shield 2015 apabila berjaya menewaskan pasukan The Blues, Chelsea dengan keputusan 1-0. Jaringan tunggal Alex Oxlade-Chamberlain pada separuh masa pertama sudah cukup membantu pasukan bimbingan Arsene Wenger ini merangkul kejuaraan pembuka tirai musim 2015/16 ini. Ini merupakan kejayaan kali pertama Arsene Wenger menewaskan Jose Mourinho setelah sekian kalinya kedua-dua pasukan bertemu.

Kejayaan ini nyata sedikit sebanyak menyuntik semangat pasukan The Gunners untuk bersaing musim ini sekaligus memberi amaran kepada pencabar-pencabar lain bahawa pasukan gabungan pemain berpengalaman dan pemain-pemain muda Arsenal mampu melakukan sesuatu pada saingan kali ini. Bual Sukan mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Arsenal merangkul kejuaraan pembuka tirai musim ini. Semoga semua peminat dapat menyaksikan aksi terbaik kesemua pasukan dalam musim baru Liga Perdana Inggeris 2015/16 akan datang. 

1 ulasan:

  1. Jemput singgah ke laman #ARSENALTEGAR http://arsenaltegar.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa