Nuffnang Ads

Selasa, 18 Ogos 2015

Bola Sepak : Athletic Bilbao Juara Supercopa de Espana 2015


Pasukan Athletic Bilbao berjaya menafikan hasrat pasukan FC Barcelona untuk merangkul kejuaraan Piala Super Sepanyol atau Supercopa de Espana 2015 apabila berjaya merangkul kejuaraan dengan kemenangan agregat 5-1 dalam 2 perlawanan yang telah dilangsungkan pada 14 dan 17 Ogos 2015. Pasukan bimbingan Ernesto Valverde ini berjaya menewaskan FC Barcelona dengan keputusan 4-0 di gelanggang sendiri dan mengikat FC Barcelona 1-1 di gelanggang lawan.

Pada perlawanan pertama, Aritz Aduriz menjadi wira apabila menjaringkan hatrik manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Mikel San Jose. Dalam perlawanan kedua pula, Aritz Aduriz sekali lagi menjadi wira apabila menyamakan jaringan Lionel Messi untuk mengikat kedudukan 1-1. Dengan kejayaan ini pastinya menaikkan semangat pasukan Athletic Bilbao untuk bersaing pada musim baru Liga Sepanyol akan datang. Bagi FC Barcelona, mereka pastinya akan memantapkan pasukan mereka bagi mempertahankan gelaran yang mereka miliki selain memastikan pemain-pemain utama bebas dari kecederaan. Bual Sukan menjangkakan saingan La Liga musim ini pastinya sengit dan mendebarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa