Nuffnang Ads

Rabu, 12 Ogos 2015

Bola Sepak : FC Barcelona Juara 2015 UEFA Super Cup

Jaringan masa tambahan oleh Pedro berjaya membawa pasukan FC Barcelona muncul juara Piala Super Eropah 2015 atau 2015 UEFA Super Cup apabila pasukan bimbingan Luis Enrique ini berjaya menumpaskan kelab senegara, Sevilla dengan keputusan dramatik 5-4. Perlawanan tersebut berlangsung di Boris Paichadze Dinamo Arena di Tbilisi, Georgia. FC Barcelona yang turun tanpa bintang Brazil, Neymar berjaya membuktikan bahawa mereka sememangnya pasukan yang wajar digeruni musim ini bagi mempertahankan gelaran treble mereka musim lalu.

5 gol pasukan FC Barcelona ini telah dijaringkan oleh pemain sensasi Argentina, Lionel Messi (2 Gol), Rafinha, Luis Suarez serta jaringan kemenangan Pedro manakala gol-gol pasukan Sevilla pula dijaringkan oleh Ever Benega, Jose Antonio Reyes, Kevin Gameiro dan Yevhen Konoplyanka. Walaupun tewas, pasukan Sevilla di bawah kendalian Unai Emery ternyata berjaya memberikan cabaran getir kepada pasukan FC Barcelona. Selepas ini FC Barcelona akan memburu trofi kejuaraan kelima mereka apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan Athletic Bilbao dalam perlawanan Piala Super Sepanyol 2015 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa