Nuffnang Ads

Jumaat, 28 Ogos 2015

Bola Sepak : Jadual Perlawanan 2015/16 UEFA Champions League

Kejohanan berprestij kelab-kelab eropah Liga Juara-Juara Eropah atau UEFA Champions League kini akan kembali mewarnai kancah saingan musim ini. 32 pasukan kelab bakal bersaing merebut gelaran juara sekaligus akan mewakili pasukan eropah ke saingan Piala Kelab Dunia FIFA 2016 akan datang. Pasukan juara bertahan, FC Barcelona pastinya sekali lagi akan turun sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan gelaran serta kejuaraan yang mereka menangi musim lalu. Namun begitu, saingan 31 pasukan kelab lain juga pastinya sengit dengan setiap pasukan mempunyai sasaran untuk dicapai. 

Berdasarkan kepada keputusan undian kumpulan yang telah diadakan pada 27 Ogos 2015 yang lalu, setiap kumpulan dilihat mencabar dan menarik. Bual Sukan menjangkakan tidak mustahil saingan musim ini akan diwarnai dengan kejutan selain dominasi pasukan-pasukan pilihan seperti FC Barcelona, Real Madrid, FC Bayern Munich dan Chelsea. Namun pasukan-pasukan lain juga pastinya akan memberikan permainan mantap masing-masing bagi mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa