Nuffnang Ads

Ahad, 23 Ogos 2015

Bola Sepak : Johor Darul Ta'zim FC Juara Liga Super 2015

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan berjaya merangkul kejuaraan Liga Super 2015 sekaligus mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Walaupun pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, Mario Gomez ini tewas 1-2 kepada Felda United dalam perlawanan terakhir Liga Super 2015 pasukan JDT FC berjaya merangkul kejuaraan apabila pasukan pencabar mereka Pahang atau Tok Gajah tewas 1-3 di tangan pasukan Terengganu. Kejayaan ini ternyata manis buat pasukan Harimau Selatan yang mempunyai barisan pemain-pemain terbaik selain menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan dengan keazaman yang tinggi mempertahankan kejuaraan mereka.

Bual Sukan percaya dengan kejayaan manis ini, pasukan JDT FC pastinya akan berusaha mencapai kejayaan dalam saingan Piala Malaysia 2015 akan datang. Dengan barisan pemain-pemain terbaik ini tidak mustahil mereka mampu mencapai kejayan dalam saingan Piala Malaysia 2015 akan datang. Pasukan JDT FC juga akan mewakili pasukan Malaysia ke saingan Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia atau AFC Champions League  2016 akan datang. Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Selatan atas kejayaan ini serta selamat berjuang dalam saingan Suku Akhir Piala AFC 2015 serta Piala Malaysia 2015 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa